Skip to main content

Inaku Sayang ~ Bab 6

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba...
Sukanya Ina bila teman-teman sepermainan dia sanggup meluangkan masa untuk bersama dia pada hari tersebut...
Hilang sedikit resah dihatinya...

Ina ditata rias dengan cantik...
Merah muka Ina menahan malu bila diusik...

"Sikit-sikit sudah la Madiah... jangan tebal sangat make up ni... aku baru nak dirisik... bukannya nak nikah dah...." malu si Ina...

Madiah yang merupakan salah seorang teman sepermainan kagum dengan kemanisan Ina...
Jarang Ina sudi berhias...
Tapi kali ini..
Ina tiada alasan untuk menolak lagi...
Ina milik dia...
Dia akan hias Ina sebaik mungkin...
Hari ni merupakan salah satu hari bersejarah dalam hidup Ina...
Haruslah Ina kelihatan cantik!

"Kak Ina... Kak Ina... pihak lelaki dah sampai!" tercungap-cungap Adik Li adik kepada Madiah menyampaikan...

Ina dah rasa seperti nak pengsan...
Semua cerita lucu kawan-kawannya tidak diendahkannya lagi...
Tangannya mula menggeletar takut...

Tidak lama kemudian, Ina dijemput keluar dari bilik untuk bersama-sama berada di ruang tamu..
Keluarga pihak lelaki ingin Ina turut sama dalam perbualan mereka...
Mereka mahu lebih mengenali Ina secara dekat...

Ina seperti biasa...
Tunduk diam membisu...

Tiba-tiba Don bersuara....
"Ina, betulkah bila kita dah berkahwin nanti saya kena tinggal disini?"

Ina mengangkat muka untuk melihat empunya suara...
Mata bertentangan mata...
Ya Allah! Jantung Ina berdegup kencang...
Boleh kena serangan jantung ni!

Ina hanya menjawab dengan anggukan kepala...
Hatinya sudah berbunga-bunga...
Bukan kerana Don terlalu handsome...
Tapi cara Don bertanya tu... sesuatu sangat...
Ish! Entahlah!
Yang pasti... Ina malu...!

"Kalau benar itu permintaan Ina dan Pak Daud sekeluarga... saya setuju..."
Ujar Don...

Ya Allah! Adakah maksud tersiratnya, Don sudi terima Ina sebagai isteri?
Ina bersyukur Ya Allah!

Pak Daud lega bila melihat keletah Ina yang malu-malu kucing dan tampak gembira...
Siapalah yang lebih kenal Ina kalau bukan Pak Daud dan Mak Timah...
Semua pihak berpuas hati dengan perbualan pada hari itu...
Majlis itu berakhir dengan kegembiraan...!
Syukur padaMu Ya Allah...






Comments

Popular posts from this blog

Inaku Sayang ~ Bab 4

“Tolonglah tuan, beri saya peluang untuk terus bekerja….” Terketar-ketar suara Pak Daud menahan sebak. Ya, Pak Daud telah dilawati oleh wakil syarikat yang dia sedang berkerja. Mereka datang untuk menyerahkan notis berhenti kerja atas sebab faktor kesihatan. Pak Daud terlalu kerap mengambil cuti sakit sehinggakan kerjanya perlu diuruskan oleh orang lain. Pihak atasan telah terima terlalu banyak rungutan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati tiap kali Pak Daud mengambil cuti sakit. Bagaimana la Pak Daud mahu menyara diri dia dan Ina? Rayuan Pak Daud tidak diterima oleh pihak atasannya. Lembaga Pengarah telah bersidang dan membuat keputusan untuk memberikan Pak Daud setahun pampasan tanda menghargai bakti dan jasa Pak Daud kerana telah berkhidmat dalam tempoh yang lama dengan mereka. Selepas tempoh setahun? Bagaimana pula? Umar dan Ismail selama ini tidak pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada Pak Daud. Malahan mereka juga kerap meminjam dengan dia. Sebab itu, P...

Madah