Skip to main content

Inaku Sayang ~ Permulaan.

Ina ialah seorang gadis kampung yang tidak berpelajaran tinggi.
Ina menjadi anak piatu (kehilangan ibu) ketika dia masih kecil dan dia telah dibesarkan oleh bapanya.

Dalam kehidupan Ina,
Ina telah disogok dengan pemikiran "seorang gadis, sebijak mana pun... apabila telah berkeluarga, dia perlu tinggal di dapur."
Dengan erti kata lain, seorang gadis itu, perlu menjadi suri rumah tangga apabila dewasa kelak walaupun mempunyai kerjaya yang hebat.

Lantaran itu, Ina telah memilih untuk kekal berada di "dunia dapur" sejak kecil lagi. Apatah lagi setelah ibunya meninggal, Ina lah yang harus menggalas tanggungjawab yang telah ditinggalkan.

Ina mempunyai dua orang abang yang jauh lebih berusia daripadanya.
Abang Ina, Umar dan Ismail telah membina kerjaya yang kukuh dan telah berumah tangga. Justeru itu, Ina tiada pilihan selain hanya terus menjalankan tanggungjawabnya.

Apatah lagi setelah disogok dengan pemikiran yang cetek. Ina tidak lagi berfikiran panjang dan hanya menumpukan segala usahanya untuk menjadi anak yang solehah yang menurut perintah bapa dan abang-abangnya.

Bagi Ina, tiada yang lebih penting dan berharga selain melihat keluarganya tersenyum bahagia.







Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Inaku Sayang ~ Bab 4

“Tolonglah tuan, beri saya peluang untuk terus bekerja….” Terketar-ketar suara Pak Daud menahan sebak. Ya, Pak Daud telah dilawati oleh wakil syarikat yang dia sedang berkerja. Mereka datang untuk menyerahkan notis berhenti kerja atas sebab faktor kesihatan. Pak Daud terlalu kerap mengambil cuti sakit sehinggakan kerjanya perlu diuruskan oleh orang lain. Pihak atasan telah terima terlalu banyak rungutan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati tiap kali Pak Daud mengambil cuti sakit. Bagaimana la Pak Daud mahu menyara diri dia dan Ina? Rayuan Pak Daud tidak diterima oleh pihak atasannya. Lembaga Pengarah telah bersidang dan membuat keputusan untuk memberikan Pak Daud setahun pampasan tanda menghargai bakti dan jasa Pak Daud kerana telah berkhidmat dalam tempoh yang lama dengan mereka. Selepas tempoh setahun? Bagaimana pula? Umar dan Ismail selama ini tidak pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada Pak Daud. Malahan mereka juga kerap meminjam dengan dia. Sebab itu, P...

Madah