Pak Daud,
bapa si Ina kini kian dimamah usia dan uzur. Dia seringkali jatuh sakit. Ina
lah yang menguruskan bapanya seratus peratus. Memang Ina ada abang, namun
kehadiran mereka hanyalah seumpama orang luar yang melawat orang asing. Ina
tidak pernah mengeluh atau merungut dengan sikap abang-abangnya. Baikkan Ina?
Walaupun
Umar dan Ismail tidak pernah menawarkan diri untuk mengambil alih tanggungjawab
Ina, namun Ina tetap menghormati abang-abangnya dengan penuh taat. Tetapi Umar
dan Ismail terlupa akan hati yang sebenar yang perlu dijaga iaitu hati si bapa!
Dalam diam,
rupanya Pak Daud sudah berjauh hati dengan sikap anak-anak lelakinya. Apatah
lagi setiap kali memikirkan menantu-menantunya yang berkerjaya hebat, makin Pak
Daud memendam rasa bersalah terhadap Ina. Ina yang taat dan bertanggungjawab
terhadapnya telah “dikurung” tanpa sedar.
Suatu
petang, sepupu Pak Daud, Mak Timah dating menziarah Pak Daud untuk bertanya
khabar. Pak Daud sangat mempercayai sepupunya itu lalu dia mengutarakan hasrat
yang telah dipendam sekian lama. Pak Daud ingin Mak Timah mencari calon menantu
lelaki buatnya. Itu bermakna Ina akan berkahwin!
“Ina belum
bersedia ayah…” Pertama kali Ina membantah permintaan bapanya. Walaupun
segunung rasa bersalah dipikul Ina untuk menyatakan hasrat itu, namun dia perlu
meluahkannya juga. Bagi Ina, tanggungjawab terhadap bapanya perlu diutamakan.
Dia risau bakal suaminya kelak akan mengongkong hidupnya lantas dia tidak lagi
berpeluang menjaga bapanya yang sakit itu. Apatah lagi Ina tidak pernah tinggal
dengan orang luar, macam mana dia nak biasakan diri? Selagi boleh, Ina
sebenarnya takut nak melalui alam perkahwinan. Ina berhasrat tidak mahu berkahwin
langsung. Pak Daud bagi kebenaran untuk Ina membantah perkahwinan itu asalkan
Ina menyampaikan sendiri niat hatinya itu kepada Mak Timah.
Dahulu
semasa Ina kecil. Ina berpeluang tinggal bermalam dirumah abang-abang Ina. Itu
pun setelah kakak-kakak iparnya merungut keletihan menguruskan rumah tangga dan
anak-anaknya yang masih kecil. Ina lah yang akan diangkut ke rumah
abang-abangnya secara bergilir-gilir untuk “menguruskan” rumah tangga mereka secara
percuma. Tiada seorang pun yang memahami keletihan Ina kecuali Mak Timah. Mak
Timah lah yang selalu menyerang keluarga abang-abang Ina dan memarahi Pak Daud
kerana membenarkan Ina diperlakukan sedemikian rupa. Mak Timah juga menjalankan
tanggungjawab seorang ibu terhadap Ina. Dia lah yang mengajar Ina menguruskan
hal-hal gadis yang Ina langsung tidak fahami dan mengajar Ina asas ilmu agama.
Comments
Post a Comment