Rutin Ina sangat ringkas.
Awal-awal Subuh, Ina akan mula bangun, bersolat.
Setelah itu, Ina akan menyediakan sarapan pagi buat bapanya sebelum bapa Ina mula pergi ke tempat kerja.
Kemudian, Ina akan mencuci pakaian dan menjemurnya. Seterusnya, Ina akan menyediakan juadah tengah hari. Apabila petang pula, Ina akan mencari kawan-kawan Ina yang telah balik dari sekolah untuk bermain bersama.
Tidak sekali pun Ina akan rasa terasing daripada kawan-kawan Ina kerana asas pemikiran Ina telah kukuh tersemat dengan "dunia dapur sang gadis".
Begitulah rutin Ina setiap hari. Tanpa rasa jemu, Ina menjalankan tugas-tugasnya dengan baik.
Namun, tatkala kawan-kawan Ina telah menginjak dewasa. Yakni meninggalkan alam persekolahan dan mula mencari pekerjaan, hati Ina juga memberontak ingin turut sama menyertai mereka. Namun, apakan daya Si Ina apabila dia tiada sebarang kelulusan kerana Ina meninggalkan alam persekolahan seawal usia 9 tahun. Terus la Si Ina terpinggir dalam dunia dapurnya.
Pada setiap hari, Ina tidak sabar menanti waktu malam untuk mendengar cerita dan bercanda bersama teman-teman sepermainannya yang baru pulang daripada kerja. Ina sentiasa tekun mendengar setiap bait ayat cerita yang dikongsikan, kerana dari situ lah Ina dapat gambaran kehidupan dunia diluar kampungnya.
Jauh disudut hati Ina, Ina mula menyimpan angan-angan kecil untuk pergi merantau. Namun disebabkan sifat Ina yang taat dengan bapa dan abang-abang Ina, cepat-cepat Ina hapuskan impian kecilnya itu.
Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

Comments
Post a Comment