Skip to main content

Inaku Sayang ~ Bab 5


“Alamak, hujan pula… habislah kain jemuran aku…” Rungut Mak Timah sambil berlari-lari anak ke pintu rumah Pak Daud.

“Assalamualaikum…”
“Daud.. o.. Daud…!” Kuat Mak Timah melaung. Kedatangan Mak Timah kali ini membawa hajat. Pihak lelaki ingin mendapatkan tarikh untuk datang merisik Ina.

Terbeliak mata Pak Daud mendengar kata-kata Mak Timah. Disangkanya isu berkaitan hal perkahwinan Ina telah selesai ditolak secara baik oleh Ina, rupa-rupanya Ina masih belum bagitahu Mak Timah untuk batalkan perkahwinan ini.

Ina yang juga turut berada di situ, terus meluahkan hajatnya. Petah saja mulutnya berbicara. Seumpama tiada perasaan, dia memberi persetujuan untuk berkahwin dengan jejaka yang tidak dikenalinya itu. Tetapi dengan satu syarat, lelaki tersebut perlu tinggal bersama dia dan Pak Daud di sini, rumah Pak Daud. Jika lelaki itu setuju, datang sahaja pada bila-bila masa yang dia inginkan. Pintu rumah Pak Daud terbuka luas untuk menyambutnya.

Mak Timah minta Pak Daud dan Ina bersedia untuk menerima kehadiran tetamu pada hujung minggu itu. Mak Timah yakin, Don (bakal suami Ina) akan bersetuju dengan syarat Ina.










Comments

Popular posts from this blog

Inaku Sayang ~ Bab 4

“Tolonglah tuan, beri saya peluang untuk terus bekerja….” Terketar-ketar suara Pak Daud menahan sebak. Ya, Pak Daud telah dilawati oleh wakil syarikat yang dia sedang berkerja. Mereka datang untuk menyerahkan notis berhenti kerja atas sebab faktor kesihatan. Pak Daud terlalu kerap mengambil cuti sakit sehinggakan kerjanya perlu diuruskan oleh orang lain. Pihak atasan telah terima terlalu banyak rungutan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati tiap kali Pak Daud mengambil cuti sakit. Bagaimana la Pak Daud mahu menyara diri dia dan Ina? Rayuan Pak Daud tidak diterima oleh pihak atasannya. Lembaga Pengarah telah bersidang dan membuat keputusan untuk memberikan Pak Daud setahun pampasan tanda menghargai bakti dan jasa Pak Daud kerana telah berkhidmat dalam tempoh yang lama dengan mereka. Selepas tempoh setahun? Bagaimana pula? Umar dan Ismail selama ini tidak pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada Pak Daud. Malahan mereka juga kerap meminjam dengan dia. Sebab itu, P...

Madah