Skip to main content

Inaku Sayang ~ Bab 3

Setelah seminggu berlalu, Mak Timah datang membawa perkhabaran bahagia untuk Pak Daud. Dia telah menjumpai keluarga yang baik dan sesuai untuk Ina. “Alhamdulillah Daud, aku dah jumpa dah keluarga yang baik-baik untuk Ina. Bakal suaminya pun baik orangnya. Cuma rupa tu kurang la sikit” kata Mak Timah berseloroh. Terkebil-kebil mata Ina melihat muka Mak Timah. Terasa suaranya seperti tersekat dikerongkong. Ina diam membisu, dia hanya mampu membantah didalam hati. Pulanglah Mak Timah dengan rasa hati yang lapang tanpa mengetahui hakikat yang sebenarnya. Hati Ina mula bergundah-gulana. Pak Daud kian rasa bersalah apabila tiap kali menatap wajah muram si Ina.

Selepas 2 minggu berlalu, Ina masih lagi tidak kelihatan ceria. Akhirnya, Pak Daud tewas juga dengan naluri kebapaannya. Pak Daud tidak mahu lagi memaksa Ina untuk berkahwin. Dia ingin memberi Ina ruang untuk Ina belajar membuat keputusannya sendiri. Pak Daud memberi idea kepada Ina untuk menulis surat kepada Mak Timah bagi menyuarakan suara hatinya itu. Betapa gembiranya si Ina apabila mendengar cadangan Pak Daud. Dia bertekad mahu menyerahkan surat tersebut kepada Mak Timah pada hujung minggu itu juga. Malam ini Ina akan merayu teman-temannya untuk membantu dia mengarang surat itu supaya isi hatinya disuarakan sehabis sopan yang boleh.
Cepatlah hujung minggu! Ina sudah tidak sabar lagi.

Kusangka panas hingga ke petang, namun hujan ditengah hari. 2 hari selepas surat itu siap, Pak Daud menerima tetamu secara tiba-tiba. Pak Daud mula rasa tidak sedap hati. Siapakah yang datang melawat Pak Daud?










Comments

Popular posts from this blog

Inaku Sayang ~ Bab 2

Pak Daud, bapa si Ina kini kian dimamah usia dan uzur. Dia seringkali jatuh sakit. Ina lah yang menguruskan bapanya seratus peratus. Memang Ina ada abang, namun kehadiran mereka hanyalah seumpama orang luar yang melawat orang asing. Ina tidak pernah mengeluh atau merungut dengan sikap abang-abangnya. Baikkan Ina? Walaupun Umar dan Ismail tidak pernah menawarkan diri untuk mengambil alih tanggungjawab Ina, namun Ina tetap menghormati abang-abangnya dengan penuh taat. Tetapi Umar dan Ismail terlupa akan hati yang sebenar yang perlu dijaga iaitu hati si bapa! Dalam diam, rupanya Pak Daud sudah berjauh hati dengan sikap anak-anak lelakinya. Apatah lagi setiap kali memikirkan menantu-menantunya yang berkerjaya hebat, makin Pak Daud memendam rasa bersalah terhadap Ina. Ina yang taat dan bertanggungjawab terhadapnya telah “dikurung” tanpa sedar. Suatu petang, sepupu Pak Daud, Mak Timah dating menziarah Pak Daud untuk bertanya khabar. Pak Daud sangat mempercayai sepupunya itu lalu...

Inaku Sayang ~ Bab 4

“Tolonglah tuan, beri saya peluang untuk terus bekerja….” Terketar-ketar suara Pak Daud menahan sebak. Ya, Pak Daud telah dilawati oleh wakil syarikat yang dia sedang berkerja. Mereka datang untuk menyerahkan notis berhenti kerja atas sebab faktor kesihatan. Pak Daud terlalu kerap mengambil cuti sakit sehinggakan kerjanya perlu diuruskan oleh orang lain. Pihak atasan telah terima terlalu banyak rungutan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati tiap kali Pak Daud mengambil cuti sakit. Bagaimana la Pak Daud mahu menyara diri dia dan Ina? Rayuan Pak Daud tidak diterima oleh pihak atasannya. Lembaga Pengarah telah bersidang dan membuat keputusan untuk memberikan Pak Daud setahun pampasan tanda menghargai bakti dan jasa Pak Daud kerana telah berkhidmat dalam tempoh yang lama dengan mereka. Selepas tempoh setahun? Bagaimana pula? Umar dan Ismail selama ini tidak pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada Pak Daud. Malahan mereka juga kerap meminjam dengan dia. Sebab itu, P...

Madah