Skip to main content

Posts

Inaku Sayang ~ Bab 6

Hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba... Sukanya Ina bila teman-teman sepermainan dia sanggup meluangkan masa untuk bersama dia pada hari tersebut... Hilang sedikit resah dihatinya... Ina ditata rias dengan cantik... Merah muka Ina menahan malu bila diusik... "Sikit-sikit sudah la Madiah... jangan tebal sangat make up ni... aku baru nak dirisik... bukannya nak nikah dah...." malu si Ina... Madiah yang merupakan salah seorang teman sepermainan kagum dengan kemanisan Ina... Jarang Ina sudi berhias... Tapi kali ini.. Ina tiada alasan untuk menolak lagi... Ina milik dia... Dia akan hias Ina sebaik mungkin... Hari ni merupakan salah satu hari bersejarah dalam hidup Ina... Haruslah Ina kelihatan cantik! "Kak Ina... Kak Ina... pihak lelaki dah sampai!" tercungap-cungap Adik Li adik kepada Madiah menyampaikan... Ina dah rasa seperti nak pengsan... Semua cerita lucu kawan-kawannya tidak diendahkannya lagi... Tangannya mula mengg...
Recent posts

Madah

Inaku Sayang ~ Bab 5

“Alamak, hujan pula… habislah kain jemuran aku…” Rungut Mak Timah sambil berlari-lari anak ke pintu rumah Pak Daud. “Assalamualaikum…” “Daud.. o.. Daud…!” Kuat Mak Timah melaung. Kedatangan Mak Timah kali ini membawa hajat. Pihak lelaki ingin mendapatkan tarikh untuk datang merisik Ina. Terbeliak mata Pak Daud mendengar kata-kata Mak Timah. Disangkanya isu berkaitan hal perkahwinan Ina telah selesai ditolak secara baik oleh Ina, rupa-rupanya Ina masih belum bagitahu Mak Timah untuk batalkan perkahwinan ini. Ina yang juga turut berada di situ, terus meluahkan hajatnya. Petah saja mulutnya berbicara. Seumpama tiada perasaan, dia memberi persetujuan untuk berkahwin dengan jejaka yang tidak dikenalinya itu. Tetapi dengan satu syarat, lelaki tersebut perlu tinggal bersama dia dan Pak Daud di sini, rumah Pak Daud. Jika lelaki itu setuju, datang sahaja pada bila-bila masa yang dia inginkan. Pintu rumah Pak Daud terbuka luas untuk menyambutnya. Mak Timah minta Pak Daud dan ...

Inaku Sayang ~ Bab 4

“Tolonglah tuan, beri saya peluang untuk terus bekerja….” Terketar-ketar suara Pak Daud menahan sebak. Ya, Pak Daud telah dilawati oleh wakil syarikat yang dia sedang berkerja. Mereka datang untuk menyerahkan notis berhenti kerja atas sebab faktor kesihatan. Pak Daud terlalu kerap mengambil cuti sakit sehinggakan kerjanya perlu diuruskan oleh orang lain. Pihak atasan telah terima terlalu banyak rungutan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati tiap kali Pak Daud mengambil cuti sakit. Bagaimana la Pak Daud mahu menyara diri dia dan Ina? Rayuan Pak Daud tidak diterima oleh pihak atasannya. Lembaga Pengarah telah bersidang dan membuat keputusan untuk memberikan Pak Daud setahun pampasan tanda menghargai bakti dan jasa Pak Daud kerana telah berkhidmat dalam tempoh yang lama dengan mereka. Selepas tempoh setahun? Bagaimana pula? Umar dan Ismail selama ini tidak pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada Pak Daud. Malahan mereka juga kerap meminjam dengan dia. Sebab itu, P...

Madah

Inaku Sayang ~ Bab 3

Setelah seminggu berlalu, Mak Timah datang membawa perkhabaran bahagia untuk Pak Daud. Dia telah menjumpai keluarga yang baik dan sesuai untuk Ina. “Alhamdulillah Daud, aku dah jumpa dah keluarga yang baik-baik untuk Ina. Bakal suaminya pun baik orangnya. Cuma rupa tu kurang la sikit” kata Mak Timah berseloroh. Terkebil-kebil mata Ina melihat muka Mak Timah. Terasa suaranya seperti tersekat dikerongkong. Ina diam membisu, dia hanya mampu membantah didalam hati. Pulanglah Mak Timah dengan rasa hati yang lapang tanpa mengetahui hakikat yang sebenarnya. Hati Ina mula bergundah-gulana. Pak Daud kian rasa bersalah apabila tiap kali menatap wajah muram si Ina. Selepas 2 minggu berlalu, Ina masih lagi tidak kelihatan ceria. Akhirnya, Pak Daud tewas juga dengan naluri kebapaannya. Pak Daud tidak mahu lagi memaksa Ina untuk berkahwin. Dia ingin memberi Ina ruang untuk Ina belajar membuat keputusannya sendiri. Pak Daud memberi idea kepada Ina untuk menulis surat kepada Mak Timah bagi menyua...

Inaku Sayang ~ Bab 2

Pak Daud, bapa si Ina kini kian dimamah usia dan uzur. Dia seringkali jatuh sakit. Ina lah yang menguruskan bapanya seratus peratus. Memang Ina ada abang, namun kehadiran mereka hanyalah seumpama orang luar yang melawat orang asing. Ina tidak pernah mengeluh atau merungut dengan sikap abang-abangnya. Baikkan Ina? Walaupun Umar dan Ismail tidak pernah menawarkan diri untuk mengambil alih tanggungjawab Ina, namun Ina tetap menghormati abang-abangnya dengan penuh taat. Tetapi Umar dan Ismail terlupa akan hati yang sebenar yang perlu dijaga iaitu hati si bapa! Dalam diam, rupanya Pak Daud sudah berjauh hati dengan sikap anak-anak lelakinya. Apatah lagi setiap kali memikirkan menantu-menantunya yang berkerjaya hebat, makin Pak Daud memendam rasa bersalah terhadap Ina. Ina yang taat dan bertanggungjawab terhadapnya telah “dikurung” tanpa sedar. Suatu petang, sepupu Pak Daud, Mak Timah dating menziarah Pak Daud untuk bertanya khabar. Pak Daud sangat mempercayai sepupunya itu lalu...