“Alamak, hujan pula… habislah kain jemuran aku…” Rungut Mak Timah sambil berlari-lari anak ke pintu rumah Pak Daud. “Assalamualaikum…” “Daud.. o.. Daud…!” Kuat Mak Timah melaung. Kedatangan Mak Timah kali ini membawa hajat. Pihak lelaki ingin mendapatkan tarikh untuk datang merisik Ina. Terbeliak mata Pak Daud mendengar kata-kata Mak Timah. Disangkanya isu berkaitan hal perkahwinan Ina telah selesai ditolak secara baik oleh Ina, rupa-rupanya Ina masih belum bagitahu Mak Timah untuk batalkan perkahwinan ini. Ina yang juga turut berada di situ, terus meluahkan hajatnya. Petah saja mulutnya berbicara. Seumpama tiada perasaan, dia memberi persetujuan untuk berkahwin dengan jejaka yang tidak dikenalinya itu. Tetapi dengan satu syarat, lelaki tersebut perlu tinggal bersama dia dan Pak Daud di sini, rumah Pak Daud. Jika lelaki itu setuju, datang sahaja pada bila-bila masa yang dia inginkan. Pintu rumah Pak Daud terbuka luas untuk menyambutnya. Mak Timah minta Pak Daud dan ...